Md Othman Yusof

YB Datuk Md Othman Yusof ialah seorang ahli politik, ahli perniagaan dan bekas penerbit televisyen Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kukup yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.[1] Beliau merupakan Pengarah Urusan MOY Publications Sdn Bhd yang menerbitkan majalah komik Ujang dan Apo?. Majalah komik berkenaan tidak lagi berada di pasaran sejak 2015 kerana masalah hakcipta yang dimiliki oleh MOY Publications, tetapi pelukisnya adalah Ibrahim Anon juga dikenali sebagai Ujang tidak lagi bersama dengan mereka.[2] Selain itu, beliau juga terkenal sebagai penerbit siri animasi Usop Sontorian arahan Kamn Ismail terbitan Kharisma Pictures.

Md Othman Yusof

Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Suhaimi Salleh
Parti politik UMNO